Thursday, October 29, 2009

Saya Anak Yatim

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :

خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ

Ertinya :

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.


Hadis tersebut menjelaskan kepada umatnya bahawa sebaik-baik rumah yang terdapat anak yatim dipelihara dan dididik dengan diberi kasih sayang serta perhatian, diasuh dan dihormati dan melahirkan sifat kesempurnaan di dalam dirinya. Sementara rumah dan keluarga yang dipandang hina di sisi Allah ialah rumah dan keluarga yang mengabaikan dan mendera anak yatim. Perkara ini adalah perlu diambil perhatian agar hidup mereka tidak terbiar seterusnya dirundung malang. Inisatif yang baik dan ikhlas perlu diambil perhatian oleh golongan-golongan yang diberi kelebihan dan kemewahan oleh Allah. Kita hendaklah menyalurkan bantuan ke tempat yang benar dan InsyaAllah diberi balasan yang setimpal kelak. Mimbar Jumaat hari ini mengajak tuan-tuan agar bantuan disalurkan melalui badan-badan yang didaftar lagi sah.


Sekali lagi diingatkan kepada masyarakat Islam agar tidak menggunakan harta anak yatim bagi kepentingan individu atau kepentingan orang lain kerana ini termasuk dalam dosa besar. Rasulullah S.A.W sendiri telah diperlihatkan di dalam perjalanan Israk dan Mikraj . Sejarah Rasulullah S.A.W juga adalah dilahirkan di dalam keadaan yatim di besarkan pula dalam keadaan yatim piatu yang menghadapi pahit maung telah dirasai sendiri oleh baginda. Firman Allah dalam surah al-Dhuha ayat 1 –11 :

Ertinya :

Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh orang kaum musyrik) dan sesungguhnya! tuhan mu akan memberi kepada mu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati. bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan didapatinya engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk (dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran.

Pengajaran ayat tersebut bahawa baginda Rasulullah S.A.W di besarkan di dalam pengawalan dan asuhan Allah sehingga menjadi pemimpin negara dan dunia yang di contohi, dengan itu sudah sampai waktunya masyarakat Islam mengorak langkah memberikan sedikit waktu, tenaga serta bantuan kepada anak-anak yatim khususnya melalui pendidikan dan memberikan pendedahan yang secukupnya terhadap golongan kecil yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, dengan ini mereka mendapat tempat dilubuk hati masyarakat Islam, mendapat secebis kasih sayang kerana anak-anak yatim adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .

Janganlah diungkit apa yang telah diberikan kepada mereka kerana ia boleh menghilangkan pahala kebajikan yang telah dilakukan. Anak yatim sensitif dan mereka tiada tempat untuk mengadu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

Syurga bagi nabi adalah syurga teratas iaitu syurga kelas VIP.

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”

Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dari belakang ke hadapan kepala anak yang beribubapa dari hadapan ke belakang. Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikan satu darjat.

Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah:

Al-Balad [11] Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

[12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

[13] (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi;

[14] Atau memberi makan pada hari kelaparan.

[15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Manakala orang yang mendustakan agama ialah mereka yang menzalimi anak yatim:

Al-Maun [1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

Al-Maun[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

My review:

I know anak yatim sangat tinggi darjatnya. Especially to budak kecil yang belum baligh dan perempuan yang belum berkahwin. Selagi perempuan belum bersuami means she's alone. Everytime kawan or siapa-siapa belanja saya makan or menggembirakan hati saya, hati ni sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. And kadangkala hati ini terguris saya harap tuhan tak balas apa2 yang buruk, sebab saya tahu mereka mesti tak sengaja. But sometimes i wonder mungkin orang tak tahu akibat dan bahana yang mereka dapat buat saya macam ni, tapi tak apa Allah Maha Adil, kalau Dia nak balas yang baik-baik or tak elok di luar bidang kuasa saya.

Allah tarik kasih sayang abah dari saya, saya tak boleh jumpa abah lagi tp Allah telah tinggikan darjat saya. Tapi abah tetap dalam hati saya. Dia sebenar berada dekat dengan saya.

And syukur jua Allah telah memperkenankan doa kami adik beradik mak saya di Tanah Suci sentiase jumpa orang baik-baik dipermudahkan urusan ibadat nya di sana.

P.S / Orang wonder kenapa Cu saya berharta adakah dia betul-betul kuat bekerja? Ya betul. Tapi salah satu sebab apa yang dicapai sekarang adalah BERKAT membela Yeop, Nyah, Cekri, and Ajam sejak sekolah lagi. Thats the secret.

Syukur ~ Amin~

1 comments:

TeD said...

ni mesti tengah emo ni kan....

 
Copyright © 2008-2010, Ara786.blogspot.com a.k.a Sarah Nabilla